awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Johor diseru turuti nasihat Sultan Ibrahim bantu rakyat berdepan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
06:37 MYT
ADUN Johor diseru turuti nasihat Sultan Ibrahim bantu rakyat berdepan COVID-19
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor diseru mengikut nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar membantu rakyat yang susah berdepan COVID-19. - Foto BERNAMA
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor diseru menuruti nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar mereka membantu rakyat yang susah berdepan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, ADUN kerajaan dan pembangkang perlu mengambil serius nasihat tersebut.
Pada masa sama, wakil rakyat diharap dapat memikul tanggungjawab dan amanah serta menjauhi virus perpecahan yang lebih serius daripada COVID-19.
“Kita amat menzahirkan rasa syukur di atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sesungguhnya saya percaya dan yakin bahawa wakil-wakil rakyat kerajaan mahu pun pembangkang akan terus berpegang kepada cara Johor, yang akan mengelak daripada berkonfrontasi dan juga bersengketa sebagai budaya dan cara kita berada di dalam Dewan,” katanya dalam sidang media selepas perasmian pembukaan Penggal Persidangan Pertama DUN Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.
Tambahnya, semua ADUN juga perlu mendahulukan semangat kekitaan selain tidak mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab.
Baginda turut bertitah, mereka yang dijangkiti virus perpecahan akan lupa diri dan tidak akan peduli kepentingan rakyat, asalkan mereka dapat apa yang dikejar untuk kepentingan diri sendiri.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Amanah
#kerajaan
#koronavirus
#menteri
#Menteri Besar
#pembangkang
#rakyat
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan