ISKANDAR PUTERI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini menetapkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak menghadiri mesyuarat persidangan itu tidak dibenarkan mewakilkan soalan lisan mereka kepada ahli yang hadir, mulai tahun depan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.
"Saya memutuskan bahawa selepas ini bermula pada tahun depan dalam sidang yang akan datang, dewan tidak lagi akan membenarkan ADUN yang tidak hadir di dewan mesyuarat ini mengemukakan soalan lisan mereka melalui ADUN yang hadir.
"Tidak hadir adalah tidak hadir. Kita tidak membenarkan ahli yang tidak mengikut peraturan kerana ini akan menjejaskan kredibiliti dewan," kata Mohd Puad yang juga ADUN Rengit.
Beliau berkata perkara berkenaan merujuk kepada tiga ADUN yang tidak hadir pada persidangan itu semalam, namun soalan lisan mereka dibacakan oleh ADUN yang hadir.
"Semalam ADUN Mahkota (Datuk Sharifah Azizah Syed Zain), ADUN Tangkak (Ee Chin Li) dan ADUN Panti (Hahasrin Hashim) tidak hadir sidang dewan melalui notis yang dibenarkan. Ketiga-tiga ahli yang berhormat berkenaan mengemukakan soalan lisan tanpa kehadiran mereka kerana dibaca oleh ahli-ahli yang berhormat yang lain.
"Maka saya merujuk standing order Dewan Negeri Johor Perkara 26(4) dengan izin, if the member entitled to an oral reply fails to rise and ask his question, yang bermaksud, ahli-ahli yang berhormat mana yang tidak hadir tetapi mereka tidak bangun," katanya.
Mohd Puad berkata DUN Johor juga tidak membenarkan ahli-ahlinya menjadi proksi, dan begitu juga dengan soalan lisan yang tidak boleh diproksikan.
"Bayangkan kita ada 10 soalan yang diproksikan dalam satu hari, maka di manakah kewibawaan dewan? Logiknya dewan juga tidak akan membenarkan menjadi proksi walaupun ahli yang berhormat tidak hadir kerana dijangkiti COVID-19 ataupun yang lain-lain. Maka begitulah juga soalan lisan tidak boleh diproksikan.
"Saya juga ingin mengingatkan soalan lisan adalah nadi penting kepada dewan ini, tetapi kita perhati ada juga ahli-ahli yang berhormat yang tidak menghantar soalan atau hanya hantar satu dua soalan. Semoga kita dapat perbaiki perkara ini pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Dewan Undangan Negeri Johor hari ini menetapkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak menghadiri mesyuarat persidangan itu tidak dibenarkan mewakilkan soalan lisan mereka kepada ahli yang hadir, mulai tahun depan. - Dewan Negeri Johor
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.