Skip to main content

Malaysia

Adun Kuala Besut meninggal dunia

61372231388_295x200.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat  Negeri Terengganu , Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia jam 10.18 pagi tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair selepas tujuh hari dimasukkan ke unit rawatan rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Dr A. Rahman yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut dimasukkan ke hospital sejak Khamis.

Allahyarham ditempatkan di unit rawatan rapi selepas mengalami masalah pernafasan.

Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional, BN menewaskan calon Pas, Napisah Ismail dengan mendapat 8809 undi.

Advertisement

Must Watch Video