[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

ADUN Kunak positif COVID-19

Bernama 15/10/2020 | 13:49 MYT
Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif. - Foto BERNAMA
KUNAK:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Norazlinah berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.
"Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.
Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas.
-- BERNAMA
#ADUN Kunak #Norazlinah Arif #COVID-19 #hospital Kota Kinabalu #ujian saringan #kuarantin