awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN PAS kekal di Telok Pasu dan Rantau Abang

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/07/2013
07:33 MYT
ADUN PAS kekal di Telok Pasu dan Rantau Abang
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mengekalkan kerusi mereka di DUN Telok Pasu dan Rantau Abang setelah mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN).
Harakahdaily melaporkan, Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
DUN Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.
Sementara DUN Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.
Dalam perbicaraan hari ini, calon-calon PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.
Calon UMNO pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri Adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.
Pihak defendan kedua dan ketiga dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili oleh lapan peguam antaranya Mohd Alfaisi Hashim dan Hafisol Yusof.
Hakim turut memutuskan agar kos sebanyak RM50,000 setiap petisyen dibayar untuk SPR manakala Adun PAS masing-masing RM30,000.
Ini adalah perbicaraan petisyen pilihan raya yang pertama berlangsung di negeri Terengganu.
Topic Berkaitan
#PAS
#petisyen
#Rantau Abang
#Telok Pasu
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan