KUALA LUMPUR:MIC menafikan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta dari PKR bahawa parti itu mengambil pendirian berbeza berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah.
Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh berkata, Muhammad Arafat Mahammad Varisai jelas menunjukkan tidak memahami pentingnya upacara perarakan pedati ketika sambutan Thaipusam untuk komuniti Hindu.
"Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam mengendalikan perarakan pedati di Kuala Lumpur serta Kuil Nagarathar Thandayuthapani Pulau Pinang (TNTT) yang bertanggungjawab dalam upacara sama di Pulau Pinang membuat permohonan bagi mendapat kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, yang juga Menteri Sumber Manusia hanya mempermudah bagi memperoleh persetujuan selepas mengambil kira pentingnya ritual itu.
"Sekiranya seseorang itu ada akal, mereka tidak akan pernah memberi komen atau membincangkan sesuatu isu tanpa mempunyai pemahaman asas mengenai hal itu. Apa pun, ini bukan perkara baru," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
BACA: Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN
BACA: Sambutan Thaipusam secara besar-besaran tidak dibenarkan - Ismail Sabri
Sebelum ini, Muhammad Arafat dilaporkan berkata MIC hanya campur tangan di Pulau Pinang untuk mendapatkan kebenaran pergerakan pedati namun di Kedah, mereka sekadar membuat kritikan di media berhubung isu Thaipusam.
Mengulas lanjut, Sivaraajh meminta ADUN berkenaan berhenti dari mempolitikkan isu berkenaan kebenaran upacara itu.
"Perarakan pedati Pulau Pinang dan Batu Caves (Selangor) dilakukan dengan persetujuan dari MKN dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang berlangsungnya acara itu," katanya.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Muhammad Arafat yang secara tiba-tiba mengambil berat mengenai isu yang dihadapi komuniti India sedangkan selama ini, parti mereka banyak memberi fokus untuk menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebagai Perdana Menteri.
"Fahami dulu asasnya sebelum memberi reaksi kepada pihak lain. Tidak boleh semua isu diheret ke kancah politik.
"Isu Thaipusam bukan mengenai MIC, PKR atau DAP tetapi mengenai kepentingan agama, adat dan ritual penganut Hindu di Malaysia," ujarnya.
Astro Awani
Fri Jan 29 2021
Kata Sivarraajh, isu Thaipusam bukan mengenai MIC, PKR atau DAP tetapi mengenai kepentingan agama, adat dan ritual penganut Hindu di Malaysia. - Gambar MIC
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.