Tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai penjenayah dan polis disifatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai tidak berperikemanusiaan.
Dr Afif memuat naik status Facebooknya sebagai "penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..."
"Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat," ujar Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Balai Polis Tabuan Jaya di sini, pada Khamis.
Isu seperti itu dilihat seolah-olah tidak menghargai khidmat anggota polis.
Kenyataan Dr Afif itu dipercayai berhubung kematian Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, dan kecederaan seorang rakan setugas beliau dari unit kereta peronda akibat diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, dua anggota polis berkenaan dipercayai diserang ketika mereka membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.
Mereka dilaporkan terserempak dengan lima individu yang disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika membuat pemeriksaan.
Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala rakan setugasnya yang turut cedera masih dirawat di hospital sama. Dua suspek berjaya ditembak mati.
Kenyataan Dr Afif itu turut dibidas Kelab Penyokong Polis dan meminta beliau segera memohon maaf secara terbuka.
Semalam Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) polis dalam kejadian itu.
Sementara itu, Dr Afif Bahardin dalam kenyataan medianya mendakwa kenyataan yang dikeluarkan olehnya menerusi laman social, Twitter semalam, telah disalah tafsir sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Koperal Raja Aizam.
“Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.
Tambahnya lagi, tuduhan tersebut merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadikan keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam sebagai alat politik untuk menyerang beliau.
“Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan Negara,”.
Dr Afif menjelaskan bahawa beliau tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan beliau demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat dan memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid,”.
Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.
Di samping itu juga, Dr Afif menegaskan bahawa beliau tidak akan berganjak dari prinsipnya dalam memberi tekanan kepada Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya agar memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan.
“Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan,”.
Tambahnya lagi, suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.
Astro Awani
Thu Mar 06 2014
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Demonstrasi jalanan bukan penyelesai masalah - Bakri Zinin
Demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara.