awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AES: Jawatankuasa Advokasi ditubuh

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2012
09:51 MYT
AES: Jawatankuasa Advokasi ditubuh
Kementerian Pengangkutan akan mewujudkan jawatankuasa advokasi bagi memberi pemahaman kepada pengguna jalan raya mengenai sistem penguatkuasaan automatik lebih dikenali sebagai AES.
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Profesor Dr Wong Shaw Voon, pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) diberi kepercayaan mengetuai jawatankuasa itu
Kata Shaw Voon, sebagai permulaan pihak JKJR perlu menjelaskan lokasi pemasangan dan pelaksanaan kamera AES.
Ramai pengguna jalan raya masih keliru terhadap lokasi pemasangan dan pelaksanaannya.
“Dari segi keperluan untuk memaklumkan kepada semua, memang kita perlu paham pada tahap sekarang14 lokasi sahaja yang mempunyai AES. Memang betul orang kata mereka tidak nampak lagi. Mereka dengar bahawa kawasan tertentu mempunyai kamera tetapi ia tidak kelihatan. Pasti mereka fikir ia disembunyikan di belakang pokok. Itu tidak betul.
"Belum letak kamera, belum tentu ada papan tanda. Ramai yang keliru dari segi itu," kata beliau.
Tambahnya, dalam memberi pemahaman kepada pengguna jalan raya, semua pihak yang terlibat dalam pemasangan kamera ini perlu mengambil inisiatif menyampaikan maklumat secara berterusan kepada mereka.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Kong Cho Ha mendakwa pengguna jalan raya kurang mendapat pemahaman berkenaan sistem AES.
Ia sekali gus menyebabkan sistem tersebut gagal mendisiplinkan pengguna jalan raya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#Kong Cho Ha
#Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
#Wong Shaw Voon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan