ENTERTAINMENT
Afiq Muiz beri amaran

Afiq Muiz (kanan) beri amaran kepada bakal adik ipar. - Foto Sinar Harian
PELAKON Afiq Muiz, 27, juga merupakan abang kandung kepada aktres jelita, Aishah Azman, 23, tampil memberi amaran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya.
Afiq menegaskan amaran tersebut menerusi akaun Instagramnya.
"Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja.
"Yang dua alam dilarang sama sekali. AMARAN," tulis Afiq dengan nada tegas.
Terdahulu, adik Afiq, Aishah bertunang dengan pelakon Mukhsin, iaitu Syafie Naswip pada 7 April lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.
Bagaimanapun, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, mereka mengesahkan sudah putus tunang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami