awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AG tarik balik rayuan kes Rosmah: 'Bukan kerana dia penyokong kita' - PM

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2025
10:17 MYT
AG tarik balik rayuan kes Rosmah: 'Bukan kerana dia penyokong kita' - PM
Anwar berkata, keputusan untuk tidak merayu dibuat selepas penelitian semula oleh pihak Peguam Negara, berdasarkan penghakiman yang menyatakan kes berkenaan terlalu lemah. - Foto/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan Peguam Negara untuk tidak memfailkan rayuan dalam kes Datin Seri Rosmah Mansor dibuat secara bebas berdasarkan lunas undang-undang, dan bukan atas dasar pengaruh politik atau penyokong.
Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut perlu dilihat dari perspektif proses perundangan yang telus sejak pendakwaan dimulakan pada 2018.
Anwar menambah, keputusan untuk tidak merayu dibuat selepas penelitian semula oleh pihak Peguam Negara, berdasarkan penghakiman yang menyatakan kes berkenaan terlalu lemah.
"Saya menjelaskan... kita ambil kes mahkamah ini (pendakwaan dilaksanakan) bukan kerana dia itu penyokong kita, seteru kita atau hutang. Ia ikut lunas dan jalur hukum.
"Bila didakwa 2018, apakah proses berjalan? Ya! Apa kata hakim? Lemah sangat kes itu. Tanya siapa Peguam Negara 2018? Siapa Perdana Menteri? Kes itu terlalu lemah. Dan radikalnya, alasan amalan itu sangat tidak berasas," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Al-Hidayah, Kampung Kelibang, di Langkawi pada Jumaat.
Anwar menambah, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan prosiding kes-kes lain yang sedang berjalan.
Beliau dalam masa sama turut menyeru semua pihak agar menghormati prinsip keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
"Janganlah kerana kita tidak senang dengan satu dua kelompok, maka kita mesti putuskan ikut selera politik masing-masing," katanya.
Selasa lalu, pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kes Rosmah Mansor
#Kes LHDN Rosmah
#tarik balik pendakwaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan