Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima respons positif daripada Pejabat Peguam Negara Thailand bagi mendapatkan bukti lanjut mengenai Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah pada Isnin.
Dalam kenyataannya pada Selasa, AGC berkata ia dalam proses mendapatkan bukti lanjut di bawah Perjanjian Mengenai Bantuan Guaman Bersama dalam Hal Jenayah dalam kalangan negara ASEAN.
Justo dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan selepas dia mengaku cuba mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International.
Bekas Eksekutif Teknologi Maklumat berusia 49 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara di antara satu hingga 10 tahun dan denda di antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).
Dalam kenyataan itu, AGC berkata jabatan itu memberi jaminan kepada orang awam bahawa semua kertas siasatan dihantar oleh Polis Diraja Malaysia untuk perhatiannya akan dikaji secara teliti dan diberi perhatian serius kerana terdapat pelbagai dakwaan berkaitan kes Justo yang boleh memberi kesan terhadap kestabilan negara.
"Merujuk kepada laporan akhbar mengenai siasatan oleh Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan, Jabatan Peguam Negara ingin menekankan kepada orang ramai bahawa ini merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang," kata jabatan itu.
Di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, adalah menjadi kesalahan jenayah untuk melakukan aktiviti yang boleh merosakkan demokrasi berparlimen dengan sebarang cara secara langsung atau tidak langsung.
Hukuman bagi kesalahan ini ialah penjara maksimum 20 tahun.
"Di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, sesiapa yang mengeluarkan perkataan sama ada secara lisan atau bertulis di dalam suratkhabar, majalah, buku, pekeliling atau lain-lain penerbitan bercetak atau dengan menggunakan kaedah elektronik menyebarkan laporan palsu atau membuat kenyataan palsu yang boleh menyebabkan kebimbangan orang ramai, melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun," kata AGC.
Turut dibawa kepada perhatian AGC ialah laporan polis telah dibuat terhadap individu di dalam dan luar negara, yang di bawah siasatan Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.
AGC berkata satu waran tangkap telah dikeluarkan Malaysia terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 5 Ogos lepas berkaitan siasatan polis yang masih berjalan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
Laman web Sarawak Report, sebuah penerbitan dalam talian yang menerbitkan laporan berita didakwa palsu dan draf kertas pertuduhan dalam artikel yang bertajuk 'Arrest Warrant for the Prime Minister The Real Reason The Attorney-General Was Fired' pada 30 Julai lepas bagi mengaitkan perdana menteri dengan kesalahan jenayah.
Bernama
Tue Aug 18 2015
Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan selepas dia mengaku cuba mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International. -Foto AFP
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Kertas siasatan kes buli pegawai kadet UPNM diserah kepada AGC hari ini
Menurut polis, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) petang ini untuk tindakan lanjut.
Tambah ahli Parlimen: MTPMA63 putuskan AGC, Peguam Besar Sabah, Sarawak berbincang
Kerajaan akan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.
Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.
Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.