awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda pendidikan dalam PADU pastikan tiada kanak-kanak tercicir - Noraini

Bernama
Bernama
15/11/2022
02:00 MYT
Agenda pendidikan dalam PADU pastikan tiada kanak-kanak tercicir - Noraini
Menteri Pengajian Tinggi itu turut melihat inisiatif PADU sebagai tidak terhad kepada golongan B40 atau sesetengah kaum sahaja sebaliknya untuk kebaikan semua kanak-kanak. - Foto fail/Astro AWANI
BATU PAHAT: Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Noraini Ahmad menyifatkan agenda pendidikan dalam manifesto gabungan itu, Perancangan Amal dan Usaha BN atau PADU, sebagai terbaik untuk memastikan tiada kanak-kanak di negara ini yang tercicir.
Penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong itu berkata memandangkan pendidikan adalah pelaburan yang amat penting dalam pembinaan generasi akan datang, sistem persekolahan di Malaysia telah dijadikan khidmat bakti secara percuma dan ia merupakan agenda utama BN sejak sekian lama.
"PADU juga ditubuhkan (dirangka) sebagai usaha membantu mengurangkan bebanan keluarga dan memastikan setiap kanak-kanak diberikan pendidikan asas.
"Di dalam Fokus 5 PADU, pendidikan awal dan asuhan nasional percuma akan diberikan untuk semua kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah serta mereka diberi makanan berkhasiat," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Menteri Pengajian Tinggi itu turut melihat inisiatif PADU sebagai tidak terhad kepada golongan B40 atau sesetengah kaum sahaja sebaliknya untuk kebaikan semua kanak-kanak.
"Ia juga dapat meringankan beban ibu bapa yang baru membina keluarga dan hasil penjimatan daripada saraan kanak-kanak itu nanti dapat disalurkan oleh ibu bapa untuk peningkatan kualiti hidup mereka," katanya sambil menambah melalui Fokus 5 PADU, semua kanak-kanak di Malaysia dapat belajar hingga ke Tingkatan 5 secara percuma yang mampu meningkatkan kualiti hidup mereka dalam jangka panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#noraini ahmad
#PADU
#pendidikan kanak-kanak
#tercicir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan