awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM

Bernama
Bernama
31/12/2025
13:15 MYT
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
BNM berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$124.12 bilion (US$1= RM4.04) pada 30 November, 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringkasan AI
  • Aset rizab rasmi Malaysia pada 30 November 2025 mencatatkan jumlah sebanyak US$124.12 bilion, sementara aset mata wang asing lain berada pada US$266.2 juta menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Butiran terperinci rizab antarabangsa yang disediakan oleh BNM memberikan maklumat mengenai saiz, komposisi, dan kebolehgunaan rizab serta aset mata wang asing lain, mengikut format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
  • Bank pusat turut mengesahkan bahawa rizab antarabangsa Malaysia masih boleh digunakan pada akhir November 2025, manakala aliran keluar jangka pendek bagi tempoh 12 bulan akan datang berjumlah US$13.18 bilion, dengan kedudukan jualan hadapan bersih berjumlah US$21.02 bilion.

Bank pusat itu berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain, mengikut format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Butiran itu menyediakan panduan mengenai jangkaan dan potensi aliran masuk dan keluar pertukaran asing kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang, kata BNM.
"Keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan bahawa pada akhir November 2025, rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BNM berkata bagi tempoh 12 bulan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi deposit, sekuriti dan pinjaman mata wang asing, termasuk antara lainnya, pembayaran balik berjadual bagi peminjaman luar oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing berjumlah US$13.18 bilion.
"Kedudukan jualan hadapan bersih berjumlah US$21.02 bilion pada akhir November 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya.
Ia berkata seiring dengan amalan diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
"Unjuran aliran masuk itu berjumlah US$2.91 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang," kata BNM.
Bank pusat itu berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontigensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang perlu dibayar dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$417 juta.
"Tidak ada pinjaman mata wang asing yang terkandung dalam opsyen, tiada kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank atau institusi kewangan lain.
"BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
#mata wang asing
#kemudahan kredit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan