awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda reformasi bukan retorik, lebih 30 pindaan dilaksanakan sejak 2023 - Azalina

Bernama
Bernama
11/06/2025
14:15 MYT
Agenda reformasi bukan retorik, lebih 30 pindaan dilaksanakan sejak 2023 - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia bukti jelas bahawa agenda Reformasi Kerajaan MADANI sedang berjalan dan dilaksanakan, bukannya sekadar retorik semata-mata. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI telah melaksanakan lebih 30 pindaan undang-undang selain berjaya mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, sejak 2023 hingga kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia bukti jelas bahawa agenda Reformasi Kerajaan MADANI sedang berjalan dan dilaksanakan, bukannya sekadar retorik semata-mata.
Beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang menyatakan bahawa usaha reformasi bukanlah sesuatu yang patut dilakukan terburu-buru, tetapi ia satu proses yang tersusun dan memerlukan pengamatan menyeluruh.
"Reformasi sistemik tidak patut dilaksanakan tergesa-gesa atau sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai penggubal dasar, tugas kami ialah memastikan setiap ikhtiar reformasi bukan sahaja bercita-cita besar, namun lebih utama, ia hendaklah realistik dan boleh dilaksanakan untuk manfaat dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Janganlah seperti kiasan Melayu 'baru bertatih hendak berlari, tersembam!'," katanya dalam hantaran melalui Facebook.
Azalina berkata Kerajaan MADANI telah meletakkan asas reformasi yang tiada tandingan berbanding pentadbiran terdahulu, dengan bukti jelas melalui pembaharuan undang-undang dan institusi yang boleh dinilai sendiri masyarakat.
Bagi maklumat lanjut mengenai agenda reformasi kerajaan dan pelaksanaannya, beliau mengajak rakyat melayari portal PetaRI, dibangunkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri menerusi pautan https://petari.bheuu.gov.my/ yang mempamerkan kemajuan inisiatif reformasi yang dikemas kini secara berkala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda reformasi
#Akta Perkhidmatan Parlimen 2025
#Kerajaan Madani
#Azalina Othman Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan