KANGAR: Agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) perlu berjiwa besar dan lebih terbuka terutama dalam menjaga hubungan dengan media dan rakyat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pentadbiran agensi-agensi kerajaan termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu sedia mendengar dan tidak boleh mengharapkan orang hanya mendengar kata mereka.
"Mendengar maklum balas itu bagi saya satu benda yang baik dan tidak perlu kita mengecam sesiapa yang memberi pandangan walaupun mungkin pandangan itu tidak sedap didengar oleh kita.
"Nasihat saya ialah kita agensi-agensi tidak perlu sensitif sangat dengan teguran dan mesti terbuka, tidak salah untuk kita mendengar saranan dan teguran," katanya pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini semalam.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wartawan penyiaran Bernama TV Sydney Yap Xi Ni menerusi laman Facebooknya bahawa Bernama TV telah memotong gaji dan elaun serta lewat dalam pengambilan petugas baharu bagi menggantikan mereka yang telah berhenti kerana melanjutkan pelajaran dan mendapat tawaran di stesen televisyen lain.
Beliau berkata konsep Keluarga Malaysia ialah mesti sanggup mendengar masalah dan pandangan anggotanya.
Annuar juga mengucapkan terima kasih kepada pandangan dan teguran yang diberikan oleh wartawan penyiaran Bernama TV itu.
"Kalau ada benar kelemahan, kita harus perbaikinya dan pada saya kebajikan kakitangan adalah benda yang penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Annuar berkata konsep Keluarga Malaysia ialah mesti sanggup mendengar masalah dan pandangan anggotanya. - Gambar fail/BERNAMA
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
BN tak pernah benarkan mana-mana pihak guna nama, lambang dacing
Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan itu atau lambang daging tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.
Wanita warga emas dibelit ular sawa selama dua jam, selamat
Seorang wanita warga emas di Bangkok berdepan detik mencemaskan selepas seekor ular sawa sepanjang lima meter menyerang dan membelit tubuhnya.
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan
Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi, lapor Xinhua.
Jumlah korban, mangsa hilang di Myanmar meningkat
Jumlah korban akibat Taufan Yagi di Myanmar kini mencecah 268 orang dengan 88 orang masih hilang, menurut pihak junta.
Tokyo tuntut penjelasan China
Jepun menuntut penjelasan daripada China berhubung kematian seorang pelajar berusia 10 tahun yang ditikam dalam serangan di serangan di bandar Shenzhen, Selatan China.
Majoriti penduduk Singapura sokong pelaksanaan hukuman mati jenayah berat
Hasil tinjauan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) 2023 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan kebanyakan penduduk di negara ini menyokong pelaksanaan hukuman mati bagi jenayah berat.
Angka Kematian di Lubnan Akibat meningkat 25 orang
Jumlah kematian di Lubnan akibat letupan peranti komunikasi terus meningkat kepada 25 orang dengan 608 lagi dilaporkan cedera.
Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.
KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.
'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.
K-KOMM akan angkat industri kreatif kepada kedudukan lebih baik - Annuar
Kerajaan telah menubuhkan agensi MyCreative Ventures untuk mentransformasi kegiatan seni kraf dan kreatif.