awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan SARA: Matlamat kerajaan lonjakkan kadar KDNK suku ketiga - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
08/09/2025
14:09 MYT
Agihan SARA: Matlamat kerajaan lonjakkan kadar KDNK suku ketiga - Penganalisis
Orang ramai membeli barangan keperluan di Pasaraya Mydin. Bantuan SARA One-off RM100 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing untuk bayaran secara 'cashless' bermula 31 Ogos. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Antara matlamat akhir kerajaan mengagihkan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada Ogos adalah untuk melonjakkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini.

Ringkasan AI
  • Kerajaan mengagihkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada Ogos untuk merangsang KDNK suku ketiga 2025.
  • Perbelanjaan SARA dijangka memberi kesan pengganda kepada ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan swasta.
  • RM15 bilion diperuntukkan bagi STR dan SARA untuk membantu rakyat dan memperkukuh ekonomi domestik.

Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata strategi ini penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi domestik yang sihat untuk mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
“Akhirnya, kerajaan hendak pastikan perbelanjaan memberi kesan langsung kepada rakyat. Dalam konteks SARA, apabila ia bermula pada 31 Ogos, ia masih berada dalam skop suku ketiga tahun 2025.
“Ini bermakna perbelanjaan SARA ini ada kesan pengganda. Ia boleh naikkan perbelanjaan swasta dan seterusnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Ini akan mengukuhkan lagi ekonomi kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Lonjakkan kadar KDNK suku ketiga ‘end game’ SARA - Penganalisis
Inisiatif SARA RM100 kepada setiap warganegara berusia 18 tahun telah bermula pada 31 Ogos lalu dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas sehingga akhir tahun ini.
Menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah memperuntukkan RM15 bilion bagi tujuan pemberian tunai langsung melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA.
Agenda AWANI: Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#sara
#Str
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan