awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan Zakat: "Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan" - Anwar Ibrahim

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/11/2019
07:46 MYT
Agihan Zakat: "Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan" - Anwar Ibrahim
Kenyataan Anwar bahawa institusi zakat boleh melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam merupakan cadangan peribadinya. - Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan cadangan pengagihan zakat yang dikemukakan beliau sebelum ini.
Menyifatkan itu hanyalah pandangan peribadi, Presiden PKR itu berkata, cadangannya semata-mata ingin menampakkan imej Islam yang lebih baik.
“Saya dalam ucapan itu menyatakan Islam ini adalah mengenai keadilan, kasih sayang dan rahmat. Itu pandangan saya supaya benda ini dikaji, diteliti oleh mufti dan majlis agama dan diputuskan.
"Itu saja pandangan saya. Kalau diputuskan tak setuju, tak apa tapi saya menganjurkan wacana yang segar mengenai tajuk ini kerana ada pandangan-pandangan berbeza.
“Kalau keputusan seperti mana dibuat oleh Selangor, kita patuh kerana keputusan dalam bidang kuasa majlis agama dan Sultan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian susulan kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan kutipan zakat hanya boleh diagihkan kepada lapan golongan asnaf, termasuk fakir, miskin dan mualaf dalam kalangan umat Islam sahaja.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata, penegasan itu dibuat setelah menerima nasihat daripada Mufti Selangor bahawa agihan zakat kepada bukan Islam hanya dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu terbabit memeluk Islam di bawah asnaf mu’allafati qulubuhum. BACA: Agihan zakat Selangor hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor
Pada 30 Oktober lepas, Anwar mencadangkan institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam.
Anwar berkata demikian pada persidangan zakat anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Topic Berkaitan
#agihan zakat
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan