Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Royal Court, di sini.
Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin berkata semasa pertemuan, kedua-dua ketua negara itu berbincang mengenai usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala serta kerjasama antara kedua-dua negara, terutama yang berkaitan dengan haji.
Beliau berkata lawatan sulung Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong atas jemputan Raja Salman sendiri itu banyak membantu dalam mengukuhkan hubungan mesra dua negara yang telah terjalin sejak 1957.
Katanya dalam perjumpaan itu, Sultan Abdullah menyuarakan rasa puas hati dengan lawatannya ke Arab Saudi, dan lawatan itu memberikan peluang kepada kedua-dua ketua negara untuk bertemu, selepas kali terakhir Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah melawat negara berkenaan.
"Tuanku menyampaikan ucap selamat daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Raja Salman turut menyampaikan penghargaan dan menjemput Dr Mahathir untuk melawat Arab Saudi," katanya kepada media Malaysia selepas majlis perjumpaan secara tertutup itu berakhir.
Sementara itu Ahmad Fadil berkata Raja Salman menyuarakan kesediaan kerajaan Arab Saudi untuk menganjurkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM), yang akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi, di mana kali terakhir JCM Malaysia-Arab Saudi diadakan adalah pada 2004.
Sultan Abdullah yang diiringi oleh puteranya Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah dan pegawai-pegawai kanan Malaysia, termasuk Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, tiba di Arab Saudi pada Jumaat untuk lawatan khas tiga hari.
Aturcara lawatan Seri Paduka bermula dengan ketibaannya di Madinah pada Jumaat, di mana baginda menziarahi makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi dan mengerjakan solat Jumaat sebelum berangkat ke Jeddah pada Sabtu, dan mengerjakan umrah pada hari yang sama.
Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang dari Arab Saudi pada pukul 8.00 malam waktu tempatan (1.00 pagi waktu Malaysia), hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan kunjungan hormat terhadap Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Royal Court, Jeddah, 14 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.