PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Projek Perumahan dan Penyampaian Surat Tawaran Bantuan Untuk Mangsa Banjir Negeri Pahang, Sumbangan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE ) di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Temai Hulu itu disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Duta UAE ke Malaysia Khalid Ghanim Mohammed Alghaith dan Pengerusi Pertubuhan Bulan Sabit Merah UAE Dr Hamdan Musallam Al Mazrouei.
Hadir sama Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang Ismayati Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Hafizah Zakaria dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda berharap agar pihak kontraktor yang terlibat menyegerakan pembinaan rumah tersebut sebelum ketibaan musim Monsun Timur Laut tidak lama lagi.
"Penerima juga harus bersyukur dengan pemberian ini kerana bukan semua orang dapat rumah seperti ini. Jangan pula bila terima rumah timbul soal nak jual datang ke fikiran kita... kalau boleh rumah ini biarlah sampai ke anak cucu," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan UAE, khususnya Presiden Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, atas sumbangan itu yang dilihat terhasil daripada keakraban hubungan Seri Paduka dengan Sheikh Mohamed Zayed.
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima sembah taklimat daripada Ismayati yang memaklumkan projek itu merupakan sumbangan kerajaan UAE kepada mangsa banjir.
Ismayati berkata projek itu melibatkan peruntukan lebih RM12.1 juta bagi membina 123 unit rumah di tujuh daerah iaitu Lipis, Jerantut, Maran, Pekan, Raub, Temerloh dan Bentong.
Beliau berkata rumah berkeluasan 750 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air serta perabot, melibatkan rumah setingkat bernilai RM75,000 dan rumah bertiang bernilai RM100,000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Al-Sultan Abdullah bertitah baginda berharap agar pihak kontraktor yang terlibat menyegerakan pembinaan rumah tersebut sebelum ketibaan musim Monsun Timur Laut tidak lama lagi. - Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.