awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat melawat KHP, antara pengeluar helikopter terbesar di dunia

Bernama
Bernama
09/08/2025
23:00 MYT
Agong berangkat melawat KHP, antara pengeluar helikopter terbesar di dunia
Sultan Ibrahim berangkat melawat Kazan Helicopter Plant (KHP), satu daripada pengeluar helikopter terbesar di dunia, pada Sabtu. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KAZAN: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Sabtu berangkat melawat Kazan Helicopter Plant (KHP), satu daripada pengeluar helikopter terbesar di dunia.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang diiringi Rais (Presiden) Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, disambut oleh Ketua Pengarah KHP, Nikolai Yakovlev.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Cheong Loon Lai.
Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat mengenai operasi KHP, proses pembuatan serta teknologi terkini dalam penghasilan helikopter pelbagai kegunaan. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat mengenai operasi KHP, proses pembuatan serta teknologi terkini dalam penghasilan helikopter pelbagai kegunaan. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Semasa lawatan itu, Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat mengenai operasi KHP, proses pembuatan serta teknologi terkini dalam penghasilan helikopter pelbagai kegunaan termasuk untuk tujuan komersial, ketenteraan dan misi penyelamatan, sebelum meninjau kemudahan pemasangan kenderaan berkenaan dan bilik pameran.
Seri Paduka Baginda kemudian diperkenalkan dengan rangkaian helikopter keluaran perusahaan Kazan, termasuk Mi-38 dengan kabin keselesaan tinggi, Mi-8MTV-1 dalam konfigurasi pengangkutan dan premium, serta helikopter ringan Ansat dalam varian polis dan perubatan.
Sultan Ibrahim turut meneliti bahagian dalaman beberapa buah helikopter di bilik pameran berkenaan.
Sebelum menamatkan lawatan, Seri Paduka Baginda mengunjungi pameran yang memaparkan keupayaan industri Tatarstan di bangunan ujian penerbangan baharu.
Lawatan ke Kazan, ibu negara Tatarstan, ialah sebahagian daripada Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong di Rusia, atas undangan Presiden Vladimir Putin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Lawatan Negara
#Kazan Helicopter Plant
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan