Agong berangkat pulang selepas jalani rawatan di IJN

Bernama
Oktober 2, 2020 10:12 MYT
Al-Sultan Abdullah turut berangkat menunaikan solat Jumaat sejurus tiba di Istana Negara. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat pulang ke Istana Negara selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 21 September lepas.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda pada 12.40 tengah hari, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Alhamdulillah, Seri Paduka Baginda telah beransur pulih. Atas nasihat pakar perubatan IJN, Seri Paduka Baginda akan berehat di Istana Negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
BACA: Agong dirawat di IJN, keadaan tidak membimbangkan
BACA: Agong masih di hospital, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan seminggu
BACA: Agong keracunan makanan, jalani rawatan susulan di IJN
Menurut Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah turut berangkat menunaikan solat Jumaat sejurus tiba di Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong dimasukkan ke IJN pada 21 September untuk menjalani rawatan keracunan makanan dan rawatan intervensi susulan pengimejan MRI pada 22 September, menunjukkan kecederaan dialami oleh Al-Sultan Abdullah, yang dimaklumi aktif bersukan.
-- BERNAMA
#Yang di-Pertuan Agong #berangkat pulang #Istana Negara #IJN #beransur pulih #Solat Jumaat #keracunan makanan