awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong masih di hospital, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan seminggu

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
25/09/2020
09:10 MYT
Agong masih di hospital, pertemuan dengan Anwar ditangguhkan seminggu
Baginda dinasihatkan oleh doktor untuk berada di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemantauan. - Gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak memperkenankan sesiapa untuk menghadap dalam masa seminggu kerana baginda masih dalam pemerhatian doktor.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dinasihatkan oleh doktor untuk berada di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemantauan.
"Baginda telah dinasihatkan oleh doktornya untuk tinggal di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemerhatian.
"Sehingga itu, baginda tidak akan mengadakan pertemuan dengan sesiapapun,” katanya yang dipetik laporan Reuters pada Jumaat.
Ahmad Fadil pada Rabu memberitahu, majlis menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara yang dijadualkan pada Selasa, ditangguhkan kerana Al-Sultan Abdullah dalam keadaan gering.
Beliau berkata, buat masa ini, Seri Paduka akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu Anwar dalam sidang media tergempar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#kerajaan
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perubatan
#PKR
#Poliitk Malaysia
#presiden
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan