awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berangkat ziarah Sultan Selangor di London

Bernama
Bernama
13/08/2023
10:10 MYT
Agong berangkat ziarah Sultan Selangor di London
Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama Sultan Selangor dalam kunjungan itu. - Gambar/ Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di London, United Kingdom, pada Sabtu.
Istana Negara menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama Sultan Selangor dalam kunjungan itu.
"Yang di-Pertuan Agong mendoakan agar Sultan Sharafuddin dikurniakan kesembuhan segera dan kesejahteraan serta keafiatan yang berpanjangan," menurut hantaran itu.
Sultan Selangor berada di London sejak 28 Julai lepas bagi menjalani rawatan serta pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP), dan dijangka berangkat pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di London bagi lawatan khas hingga 15 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Selangor
#London
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan