PEKAN: Bermain guli di bawah lantai kelas, memetik rambutan sehingga terjatuh dan lincah beraksi di padang bola sepak antara nostalgia manis zaman sekolah rendah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Yang di-Pertuan Agong bertitah Sekolah Kebangsaan (SK) Ahmad di sini yang terletak kira-kira dua kilometer dari Istana Mangga Tunggal, iaitu tempat Seri Paduka Baginda dilahirkan, merupakan institusi pertama Al-Sultan Abdullah menimba pendidikan formal ketika memasuki darjah satu pada 1966.
"Semasa itu, sekolah ini (diperbuat) daripada kayu dan bila kita semua berlari di kelas, bising bunyinya... di bawah lantai pula tempat kita bermain dan selalunya bermain guli dan ada kalanya, ada air menitis.
Di padang sekolah ini juga kita beraksi bermain bola sepak dan saya antara pemain bola terhebat di sekolah dan mewakili Pahang semasa darjah tiga. Banyak kenangan manis-manis saya di sini, termasuk berbasikal dari Istana Mangga Tunggal ke sekolah," titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah berkenan mengimbau kenangan persekolahan itu dalam Titah Diraja semasa mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran SK Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad di sini hari ini.
Turut berangkat paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan SK Ahmad dan SMK Ahmad yang mula beroperasi pada 1926 dinamakan sebagai SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad, sempena Sultan Pahang moden pertama Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah.
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mencemar duli berangkat ke kelas yang pernah didudukinya bersama rakan alumni SK Ahmad, yang turut sama menghadiri majlis itu.
Pada titah itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan berkongsi kenangan memanjat pokok rambutan bersama 20 rakan sekolah, yang dijemput Seri Paduka Baginda ke istana untuk bermain bola sepak.
"Tapi nasib saya tidak baik... kita sebagai budak-budak hendak melakukan aksi lagak ngeri macam Tarzan tapi tak nampak dahan ada lumut menyebabkannya licin. Bila pegang, saya terjatuh dan patah tangan.
Daripada 20 orang di situ, ramai yang lari dan tinggal tiga, empat kerat (orang) sahaja. Mereka yang beritahu orang (di) istana dan semua panik. Selepas kejadian itu, tahun 1970 ayahanda dan bonda saya bersetuju pindah ke Kuantan," titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah Seri Paduka Baginda terputus hubungan dengan rakan-rakan selepas bersemayam di Kuantan, namun berasa bangga apabila mengetahui rakan-rakannya berjaya dalam pendidikan termasuk ada yang bergelar lulusan universiti luar negara.
Khusus kepada golongan pendidik di dua sekolah itu, Al-Sultan Abdullah bertitah untuk sentiasa berusaha meningkatkan prestasi sekolah bagi melahirkan bakal pemimpin Pahang dan Malaysia, amnya.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang ditubuhkan hasil cetusan ilham Seri Paduka Baginda dan Menteri Besar sebelum ini Tan Sri Adnan Yaakob, telah menunjukkan prestasi sebagai antara yang terbaik di dalam negara.
MTNP yang ditubuhkan di bawah Yayasan Pahang, menurut Seri Paduka Baginda mencapai kejayaan itu menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran yang unik dan baik, menjadikan kokurikulum di MTNP akan dijadikan rujukan untuk institusi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mencemar duli berangkat ke kelas yang pernah didudukinya bersama rakan alumni SK Ahmad, yang turut sama menghadiri majlis itu. - Gambar Bernama
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Agong berkenan imbau kenangan manis bersekolah rendah di Pekan
Bermain guli di bawah lantai kelas, memetik rambutan sehingga terjatuh dan lincah beraksi di padang bola sepak antara nostalgia manis zaman sekolah rendah Al-Sultan Abdullah.