KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melancarkan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka, di sini.
Karnival selama dua hari itu memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekati MAIWP melalui pameran jualan usahawan asnaf, perkhidmatan daripada institusi pendidikan dan kesihatan serta pelbagai aktiviti lain.
Al-Sultan Abdullah turut mengurniakan anugerah Ikon Usahawan MAIWP kepada pengusaha produk durian creep, jenama Rabi, iaitu Robiatul Adawiah Ibrahim, dan Ikon Pendidikan MAIWP, Pensyarah Kanan di Jabatan Kimia, Universiti Malaya (UM), Dr. Muhammad Ameerullah Sahudin.
Dalam pada itu, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mensasarkan kira-kira 10,000 pengunjung menghadiri karnival yang berlangsung selama dua hari.
"Simboliknya adalah kita nak mengarusperdanakan nama MAIWP, agenda sosial ekonomi Islam, bermula dari Dataran Merdeka dan merebak di kawasan yang memerlukan bantuan dan sumbangan MAIWP.
"Mudah-mudahan program ini menjadi manifestasi bahawa Islam , ekonomi Islam perlu diberikan pentas utama, sebab itu kita adakan dua anugerah ikon untuk memberikan pentas utama dikenali, dan diberi pengiktirafan yang sepatutnya," katanya kepada media selepas pelancaran karnival
MAIWP juga akan menjadikan karnival itu sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam jadual majlis agama itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kementerian tertentu terutama Kementerian Pelancongan.
"Banyak lagi program pada masa depan, mungkin masa seminggu dan menjadikan program untuk fasa setahun yang boleh membawa masyarakat ke MAIWP dan MAIWP ke dalam masyarakat," tambah beliau.
MAIWP berhasrat menyebarluaskan programnya pada masa akan datang bagi memberi sebarang bentuk pendedahan kepada masyarakat.
Dalam pada itu katanya, MAIWP ketika ini masih dalam proses untuk mengumpul data yang lengkap mengenai jumlah usahawan yang berjaya hasil bantuan majlis agama itu.
"Dalam masa dua ke tiga minggu lagi kita akan secara rasmi mengumumkan jumlah mereka yang berjaya dari segi keusahawanan. Kami longgarkan sikit definisi keusahawanan iaitu mereka yang bekerja sendiri atau mereka yang mudah dapat kerja sebab tidak semua orang boleh menjadi usahawan,"ujarnya.
Pada hari kedua karnival esok, bakal berlangsung MAIWP Run 2023 dan Walimatul Urus Perdana 100 pasangan pengantin terdiri daripada asnaf, fakir, miskin dan saudara baharu yang diarak menaiki bas Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut hingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan bersanding di pelamin.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Rahimah Abdullah
Sat Jan 28 2023

Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melancarkan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)2023 di Dataran Merdeka.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Agong berkenan lancarkan Karnival MAIWP 2023
Yang di-Pertuan Agong melancarkan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka.

Karnival MAIWP 2023 santuni golongan asnaf, B40
Karnival dua hari itu akan diadakan di Dataran Merdeka dan terbuka untuk semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.