awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh

Bernama
Bernama
07/01/2023
07:00 MYT
Agong berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh
Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama penduduk Orang Asli ketika berangkat mengadakan lawatan di Kampung Orang Asli Kuala Boh hari ini. - Foto BERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Kampung Orang Asli Kuala Boh di sini hari ini.
Ketibaan Al-Sultan Abdullah pada kira-kira 10.40 pagi disambut penduduk kampung berkenaan dengan persembahan tarian sewang.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Md Nor dan barisan exco kerajaan negeri Pahang.
Baginda kemudian berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada 128 ketua keluarga dan kira-kira 200 kanak-kanak di perkampungan itu.
Ketika beramah mesra bersama penduduk, Al-Sultan Abdullah bertitah kerajaan negeri diminta menyediakan rumah kos rendah dan kemudahan Internet bagi kegunaan penduduk Orang Asli di penempatan tersebut.
"Wakil rakyat akan cuba mendapatkan peruntukan," titah baginda sambil turut mengingatkan penduduk supaya menjaga kesihatan mereka dan keluarga masing-masing.
Baginda turut mencemar duli bersantap di Kedai Kari Kepala Ikan Sahak, Ringlet dan mengadakan lawatan ke sekitar pasar Kea Farm sebelum dijadual berangkat pulang pada pagi esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Kampung Orang Asli Kuala Boh
#Cameron Highlands
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan