awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan
Polis bantuan maut selepas pulang ziarah ibu tiri meninggal dunia
26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi kerana banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan serah zakat kepada asnaf

Iqbal Asrafff
Iqbal Asrafff
20/10/2019
06:45 MYT
Agong berkenan serah zakat kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke majlis Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan zakat kepada golongan asnaf di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, di sini pada Ahad sempena Program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan.
Bantuan yang disampaikan baginda berupa pakaian persekolahan kepada anak-anak asnaf bernilai RM5.1 juta, bantuan am persekolahan (RM9.82 juta) dan bantuan am pelajaran IPT (RM12.45 juta).
Dalam majlis yang sama, baginda turut mengurniakan bantuan keperluan harian kepada 500 asnaf.
Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan merupakan salah satu inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam melaksanakan pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan terutamanya menerusi program agihan zakat.
Hadir sama di majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#asnaf
#Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan
#Yang di-Pertuan Agong
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan