awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan terima menghadap Raja Bhutan

Bernama
Bernama
22/06/2024
11:15 MYT
Agong berkenan terima menghadap Raja Bhutan
Turut mengiringi dalam pertemuan itu ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Raja Bhutan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di Istana Bukit Serene di sini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsikan di platform media sosial itu.
Turut mengiringi dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman.
Tetamu diraja itu turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama Seri Paduka Baginda dan Pemangku Sultan Johor.
"Saya juga telah membawa Raja Bhutan ke sekitar Johor Bahru dan baginda telah menyatakan hasrat datang semula bersama keluarga untuk bercuti di Johor.
"Baginda juga memanjangkan hasrat menjemput saya ke Bhutan dalam mengeratkan hubungan dua hala antara Bhutan dan Malaysia," titah Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#menerima menghadap
#Sultan Ibrahim
#Raja Bhutan
#Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck
#tunku mahkota ismail
#Istana Bukit Serene
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan