awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong dan Permaisuri hadir Majlis Santapan Canselor MSU

Bernama
Bernama
07/01/2013
23:29 MYT
Agong dan Permaisuri hadir Majlis Santapan Canselor MSU
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah malam ini berkenan menghadiri majlis santapan Canselor Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Tuanku Hajah Haminah merupakan Canselor MSU.
Ketibaan Seri Paduka berdua disambut oleh Presiden MSU Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Pro-Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.
Turut hadir Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Noor Suzanna Abdullah.
Majlis santapan itu diadakan sempena upacara konvokesyen ke-12 MSU yang berakhir semalam.
Pada majlis itu, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut menyempurnakan upacara memotong kek.
Wan Mohd Zahid dalam ucapannya berkata seramai 1,027 graduan dari 43 bidang pengajian telah menamatkan pengajian pada konvokesyen kali ini.
Beliau berkata MSU komited untuk mempersiapkan graduannya supaya mereka mampu berdepan dengan cabaran dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
"Modal insan berkualiti juga diterapkan seimbang dengan pengukuhan modal insan kerana kami sedar ia sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan graduan berketerampilan," katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi Noraniza Idris dan pelawak Harith Iskandar.
Topic Berkaitan
#MSU
#Permaisuri Agong
#ydp agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan