KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia-Filipina akan terus dipertingkatkan demi manfaat bersama rakyat dan kedua-dua negara.
Dalam titah ucapan pada majlis jamuan negara meraikan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan isterinya Louise Araneta-Marcos yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia, Al-Sultan Abdullah menganggap Filipina sebagai rakan penting kepada Malaysia, memandangkan kedudukan Filipina berdekatan dan penglibatan aktif dalam ASEAN .
"Dengan aspirasi bersama untuk kemajuan, keamanan dan kemakmuran, kedua-dua negara kita berkongsi banyak persamaan dan hubungan antara rakyat yang erat... sehingga hari ini, kita telah berdepan banyak cabaran yang sama, tetapi kita juga telah mencapai lebih banyak lagi bersama-sama.
"Usaha dan persefahaman bersama adalah penting untuk meningkatkan lagi hubungan erat dan kerjasama baik kita ke tahap baharu...Saya harap Malaysia dan Filipina dapat meningkatkan kerjasama dan perkongsian dalam bidang baharu dan baru muncul seperti pertanian, ekonomi digital, dan industri makanan halal," titah Al-Sultan Abdullah.
Turut hadir pada majlis yang dihoskan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri kabinet.
Al-Sultan Abdullah bertitah pertukaran lawatan peringkat tinggi dalam kalangan pemimpin kedua-dua negara, dan antara pegawai kedua-dua negara akan terus menyumbang kepada momentum positif dalam memajukan kepentingan bersama dan menangani cabaran bersama.
Seri Paduka bertitah kedua-dua negara mesti terus bekerjasama rapat dalam usaha meningkatkan kestabilan, keselamatan rantau ini serta menjadikan ASEAN sebuah pertubuhan serantau yang dinamik.
"Keamanan dan kemajuan bersama hanya boleh dicapai dan dikekalkan melalui kestabilan dan kemakmuran di rantau ini dan dunia secara keseluruhan.
"Bersama-sama, kita akan terus membina masa depan yang lebih cerah untuk rakyat kita dan generasi akan datang, terutamanya ketika kita bakal meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kita tahun depan," titah Seri Paduka.
Pada 2022, Filipina merupakan rakan dagang ke-15 terbesar Malaysia di peringkat dunia dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM41.45 bilion (AS$9.42 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan bersalaman dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr pada sambutan negara di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Beberapa negara ASEAN turut minat sertai BRICS - Anwar
Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat menyertai BRICS selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Banjir di Universiti Malaya reda, laluan dibuka semula
Universiti Malaya (UM) memaklumkan kejadian banjir di sekitar kawasan kampusnya di sini telah reda dan laluan yang ditutup pagi tadi telah dibuka semula.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Bomba terima laporan dua lokasi banjir di Ampang
Sebanyak 10 buah kereta terkandas dalam banjir yang dilaporkan di Ukay Perdana di sini pada Selasa.
21 murid Tabika Kemas terperangkap banjir kilat di Ampang diselamatkan
Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, berhampiran Klang Gate pada Selasa.
Malaysia tegas pertahan kebebasan Laut China Selatan - PM Anwar
Malaysia tidak pernah menutup ruang perbincangan dengan mana-mana negara berhubung perkara itu.
Perkembangan di Taman Melawati
Banjir: LRT laluan Kelana Jaya tergendala
Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya terjejas pada pagi Selasa susulan landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju dinaiki air banjir.
Perkembangan di ibu negara
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.
Agong, Raja Permaisuri diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke istana terbesar di dunia itu kira-kira 11 pagi disambut oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.
Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Agong berkenan adakan Lawatan Negara ke Brunei bermula Ahad
Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada 13 hingga 15 Okt ini bagi memperkukuh lagi hubungan diraja antara Malaysia dan Brunei.
Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menempelak pihak yang tidak berpuas hati, mempertikaikan keputusan Johor menukar cuti dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.