KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan perasaan puas hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh 114 ahli Dewan Rakyat kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.
Menyorot kembali peristiwa pada 16 Ogos lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah, buat kali kedua dalam tempoh pemerintahan baginda, negara telah sekali lagi menyaksikan peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Titah Seri Paduka Baginda, seperti yang berlaku pada 2020 yang lalu ekoran peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7; amanah berat untuk memilih dan melantik Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 telah dilaksanakan dengan berpandu kepada Perlembagaan Persekutuan.
“Selaras dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen; beta telah memberi peluang kepada semua 220 orang ahli-ahli dewan rakyat untuk menamakan menerusi surat akuan Seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Menerusi surat-surat akuan tersebut; beta mendapati seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Bera.
"Pada 19 Ogos; setelah menerima menghadap semua 114 ahli Dewan Rakyat tersebut; beta telah berpuas hati bahawa kepercayaan yang diberikan kepada yang amat berhormat Ahli Parlimen Bera, adalah dengan kerelaan mereka sendiri serta dengan tanpa sebarang paksaan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat berikutan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Justeru itu, Seri Paduka Baginda bertitah selaras Dengan Perkara 40(2)(A) dan Perkara 43(2)(A) Perlembagaan Persekutuan; baginda berkenan untuk melantik yang Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.
Bertitah lagi, Al-Sultan Abdulah berharap kerajaan yang baharu dbentuk itu hendaklah segera melipat gandakan usaha untuk memerangi pandemik COVID-19, dan membawa negara serta rakyat keluar dari ancaman pandemik.
“Menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi dan tumpuan untuk mencapai sasaran jangka pendek dan panjang; beta percaya kerajaan ini mampu membuktikan pencapaian awalnya dalam tempoh 100 hari pertama.
“Melangkah ke hadapan; beta ingin menasihatkan kepada semua pihak untuk mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.
“Justeru, beta menyambut baik keterbukaan kerajaan dengan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara.
“Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merialisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak, yang bakal membentuk lanskap politik baharu dan mem-bawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara,” titah Al-Sultan Abdullah.
Tambah Seri Paduka Baginda, kematangan seperti itulah yang didambakan oleh seluruh rakyat.
Jelas Al-Sultan Abdullah, hanya menerusi perpaduan; kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah “Keluarga Malaysia” sahajalah; negara akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 13 2021
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14. - fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.