awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman

Agong, Permaisuri berkenan berangkat santapan beradat ulang tahun ATM ke-89

Bernama
Bernama
22/09/2022
23:15 MYT
Agong, Permaisuri berkenan berangkat santapan beradat ulang tahun ATM ke-89
Keberangkatan tiba pasangan diraja pada 8.40 malam disambut Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz. - Foto Facebook/Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis santapan beradat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-89 di Wisma Perwira ATM di sini.
Keberangkatan tiba pasangan diraja pada 8.40 malam disambut Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Sejurus keberangkatan tiba, Seri Paduka berdua berkenan merakamkan foto kenangan bersama kepimpinan dan pegawai tertinggi ATM di lobi utama sebelum melawat pameran berskala kecil ATM dengan diiringi Affendi.
Majlis yang dihadiri 373 pegawai dan isteri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM itu turut diserikan dengan acara memotong kek dan pulut kuning oleh Seri Paduka Baginda sempena ulang tahun ATM.
Pasangan diraja turut berkenan menyaksikan persembahan gabungan pancaragam oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu darat, laut dan udara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Angkatan Tentera Malaysia
#majlis santapan beradat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.