awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Mohd Adib

Bernama
Bernama
22/09/2022
02:40 MYT
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Mohd Adib
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para solihin. - Foto Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Menteri Melaka kelima Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam yang kembali ke Rahmatullah semalam.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih dan pilu itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
"Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada masyarakat dan negara, dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Melaka," menurut catatan itu.
Jenazah Mohd Adib, 81, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Bukit Palah, Melaka malam tadi.
Selain menjadi Ketua Menteri Melaka dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982, Mohd Adib juga pernah memegang jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.
View this post on Instagram
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Adib Mohamad Adam
#bekas Ketua Menteri Melaka
#Yang di-Pertuan Agong
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan