awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Perarakan panji-panji

Bernama
Bernama
10/06/2023
02:30 MYT
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Perarakan panji-panji
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memeriksa kawalan kerhormat pada Istiadat Perarakan panji-panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 8.30 pagi disambut dengan alunan lagu Negaraku, disusuli formasi terbang lintas hormat lima pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Panji Tentera Darat Malaysia (TDM), Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai Mejar Mohd Husni Mohd Tarmizi dari TUDM.
Sebanyak 21 das tembakan kehormatan turut dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Leftenan Kolonel Mohammad Asri Che Wil.
Al-Sultan Abdullah kemudiannya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 57 pegawai dan 862 anggota ketiga-tiga cabang-cabang perkhidmatan ATM diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) Leftenan Kolonel Mohd Azamri Abdullah.
Keadaan cuaca mendung sekitar 27 darjah Celcius mengiringi perbarisan yang berlangsung hampir sejam itu yang turut menampilkan acara gabungan Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Muhamad Nor Azizan Yahya dengan persembahan lagu-lagu patriotik.
Usai pemeriksaan barisan, gabungan Pancaragam Pusat ATM masuk membuka medan sekali gus istiadat mengarak lima Panji Yang di-Pertuan Agong menyusul dengan penuh istiadat ketenteraan dalam tempo kawad perlahan dan cepat.
Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak ialah Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.
Panji-Panji adalah suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara.
Istiadat diakhiri dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan dan bacaan doa yang dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujai.
Al-Sultan Abdullah sekali lagi menerima lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM sebelum Seri Paduka berdua berangkat meninggalkan majlis itu pada 9.30 pagi.
Turut hadir ke istiadat berkenaan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Istiadat berkenaan diadakan tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong iaitu bagi tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.
Pada tahun pertama pemerintahan Al-Sultan Abdullah, istiadat itu dilaksanakan pada 2019, dan pada tahun ketiga pemerintahan ialah pada 2021 namun tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik COVID-19 dimana ia dibawa pada tahun lepas (2022) dan tahun ini pula menandakan tahun terakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Istiadat Perarakan panji-panji
#Dataran Pahlawan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan