SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Mainunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas selesai mengadakan lawatan negara di sini selama empat hari.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di sini pada kira-kira 10 pagi disambut oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura Grace Fu.
Turut mengiringi keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohammed Zin selaku Pegawai Pengiring.
Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopalan Menon.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta delegasi dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 11 pagi.
Lawatan negara Seri Paduka berdua bermula pada 25 Okt lepas, mencerminkan hubungan dua hala yang rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura yang telah terjalin bermula sejak 57 tahun lepas.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong memulakan lawatan negara itu dengan mengadakan lawatan di Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City pada 25 Okt, manakala Tunku Azizah turut berangkat melawat Gardens by the Bay pada sebelah malamnya.
Seri Paduka berdua turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong serta beberapa menteri Singapura disusuli Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan Lee dan isteri Ho Ching pada 26 Okt.
Pada hari sama, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam di Istana dan diberikan sambutan negara selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami Mohammed Abdullah Alhabshee.
Ketika lawatan negara Seri Paduka berdua, Singapura juga menamakan satu spesies orkid hybrid sempena dengan nama Raja Permaisuri Agong iaitu 'Queen Azizah of Malaysia' dalam Majlis Penamaan Orkid yang diadakan di Istana pada Rabu.
Program Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diaturkan berasingan pada sebelah pagi hingga petang, semalam, dengan Al-Sultan Abdullah berangkat mengadakan dua lawatan bermula di Pusat Pelawat NEWater iaitu loji merawat serta memproses air yang digunakan untuk bekalan rakyat Singapura, disusuli lawatan di Kem Pasir Ris yang merupakan institut latihan ketenteraan republik itu.
Tunku Azizah pula berangkat mengadakan lawatan di National Library of Singapore, National Museum of Singapore serta Persatuan Pandu Puteri Singapura dan mengurniakan sumbangan wang S$15,000 kepada organisasi tersebut.
Pada Khamis malam, Seri Paduka berdua berangkat mencemar duli di Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La dan meluangkan masa lebih dua jam serta bergambar dengan rakyat Malaysia yang hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri La. - Foto Facebook/Istana Negara
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.