awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM

Bernama
Bernama
26/03/2024
23:11 MYT
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini semalam.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM disambut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin, Pulapol.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berangkat ke Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim bagi majlis berbuka puasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Yang di-Pertuan Agong
#PDRM
#buka puasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan