awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Raja Permaisuri hadir makan malam amal sempena Ulang Tahun Ke-75 PBSM

Bernama
Bernama
04/11/2023
21:00 MYT
Agong, Raja Permaisuri hadir makan malam amal sempena Ulang Tahun Ke-75 PBSM
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal sempena Sambutan Ulang Tahun ke-75 PBSM di sebuah hotel, malam tadi. Turut berangkat Tunku Puteri Intan Safinaz. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), malam tadi.
Majlis itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-75 PBSM.
Pengerusi Kebangsaan PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam ucapannya berkata, susulan krisis di Palestin baru-baru ini, persatuan itu telah melancarkan rayuannya bagi membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam usaha mereka menyediakan sokongan kemanusiaan.
"Kami sedang menguruskan pemindahan RM200,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin. Sumbangan ini direalisasikan susulan kemurahan hati rakyat Malaysia dan sokongan kerajaan.
"Kita sedang menyaksikan ketidakpatuhan terhadap Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan peraturan serta pengendalian peperangan dan menggesa anda agar terus menyokong usaha kami," katanya.
Beliau juga berkata, PBSM berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM1.9 juta daripada entiti korporat bagi pelbagai inisiatif kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir, naik taraf bilik perkhidmatan kecemasan PBSM dan sekolah medan kemanusiaan.
Antara penyumbang ialah Nestle Malaysia, Yayasan CIMB, Yayasan TM, Melaleuca Asia Tenggara dan Pfizer.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Majlis makan malam itu turut menyaksikan Al-Sultan Abdullah berkenan melancarkan koleksi Setem Sempena Ulang Tahun ke-75 PBSM. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#majlis makan malam
#Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan