KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua bekas atlet wanita negara yang meninggal dunia semalam.
Mereka adalah bekas pemain skuad bola sepak wanita Kasmah Darus dan bekas atlet silat Zaleha Suradi.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Kasmah dan Zaleha selain berharap seluruh keluarga kedua-dua Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi dugaan.
"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarhamah kepada negara," menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook hari ini.
Kasmah, 63, yang berasal dari Tambun, Perak terkenal sebagai pemain sayap kanan pasukan bola sepak wanita kebangsaan semasa era 70-an dan 80-an, terutama pada pertandingan Piala Tun Sharifah Rodziah yang diibaratkan Piala Malaysia bagi kaum hawa.
Kehebatan Allahyarhamah bersama pasukan Selangor dan Perak pada ketika itu turut membawanya menyarung jersi Malaysia dalam Kejohanan Wanita Asia anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Kasmah turut mewakili skuad wanita kebangsaan pada Kejohanan Wanita Asia Ketiga di Calicut, Kerala, India pada 1980 dengan menduduki tempat kelima dalam liga pusingan awal.
Sementara itu, Zaleha yang pernah digelar 'dwiantarabangsa' kerana mewakili negara dalam dua sukan iaitu bola sepak dan silat pernah menyarung jersi skuad bola sepak wanita negara pada Kejohanan Wanita Asia 1986 di Hong Kong.
Allahyarhamah juga pernah muncul naib juara kelas E (65 kilogram) Kejuaraan Silat Dunia di Belanda pada 1990 selain pernah membawa pulang dua pingat gangsa daripada Kejuaraan Silat Dunia 1982 di Jakarta, Indonesia dan 1987 di Kuala Lumpur.
Zaleha juga merupakan seorang yang aktif berpersatuan terutamanya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan sentiasa melibatkan diri dalam program anjuran yayasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Kasmah dan Zaleha selain berharap seluruh keluarga kedua-dua Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi dugaan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tindakan boikot tersasar jauh - Mufti Perak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TnG eWallet dikemas kini dengan kalkulator tukaran mata wang untuk kad prabayar Visa
APLIKASI Touch n Go eWallet hari ini telah dikemas kini dengan ciri kalkulator penukaran mata wang.
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman PM - Amirudin
Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.
Indonesia alih tumpuan aksi playoff berdepan Guinea
Ketua jurulatih Indonesia kini berperang dengan masa untuk menyediakan pemainnya yang keletihan menghadapi perlawanan playoff Sukan Olimpik.
'Cengkaman' 43 tahun Loudness bakal diterjemahkan menerusi konsert
Loudness bukanlah asing bagi peminat muzik heavy metal tempatan apatah lagi mereka boleh diklasifikasikan sebagai ikon rock yang cukup berpengaruh.
Boustead Heavy Industries terima kontrak sokongan kapal selam TLDM bernilai RM43.6 juta
Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menerima kontrak sokongan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM43.6 juta.
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Orang utan bernama Rakus merawat luka di mukanya dengan mengunyah daun Akar Kuning dan berulang kali menyapu ke atas luka itu.
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Pahang zahir dukacita kejadian lempar bom petrol
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.
Utamakan titah Al-Sultan Abdullah agar jaga perpaduan - Fahmi
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Istiadat keberangkatan balik yang tidak dapat dilupakan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 har
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.
Jemaah Menteri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan sentiasa dikenang sebagai raja yang berjiwa rakyat dan ketua negara yang komited menyelesaikan segala cabaran dihadapi negara.
Al-Sultan Abdullah catat lembaran sejarah baharu, unik - PM
Pemerintahan Seri Paduka Baginda yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat.