awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 50 asnaf di Langkawi

Bernama
Bernama
20/01/2023
11:19 MYT
Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 50 asnaf di Langkawi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 50 asnaf di Kuah, Pulau Langkawi, Kedah. - Foto ihsan Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 50 asnaf di Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.
Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Majlis pengurniaan di pekarangan Masjid Al Hana itu turut dihadiri Pegawai Daerah Langkawi Datuk Abdul Gafar Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah dan Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari.
Terdahulu, Seri Paduka berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan dan meluangkan masa bertanya khabar serta beramah mesra dengan jemaah.
"Seri Paduka sangat berbesar hati dengan kemesraan rakyat dan menzahirkan rasa sukacita dapat berangkat ke Pulau Langkawi," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#sumbangan
#asnaf
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan