KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi, semalam.
Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini, catatan itu memaklumkan dalam sesi menghadap serta perbincangan bermula pada 11 pagi waktu tempatan itu, Seri Paduka dan Mejar Jeneral Saeed menyentuh berkenaan kerjasama dalam bidang ketenteraan antara Malaysia dan UAE berdasarkan kepentingan kedua-dua negara.
"Sesi tersebut adalah antara aktiviti Seri Paduka dalam rangka lawatan khas ke Abu Dhabi selama empat hari yang berakhir semalam, atas persilaan peribadi Presiden UAE Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan," menurut hantaran itu.
Dalam catatan yang sama, Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat tiba di tanah air, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi. - Foto Facebook/Istana Negara

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Agong berkenan lancarkan Karnival MAIWP 2023
Yang di-Pertuan Agong melancarkan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka.

Agong, Permaisuri berangkat ke Karnival MAIWP 2023
Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan pelancaran karnival yang julung kali diadakan itu.

Agong, Raja Permaisuri santuni rakyat Pulau Langkawi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyantuni rakyat dan mengunjungi beberapa tempat di Pulau Langkawi, Kedah.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 50 asnaf di Langkawi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 50 asnaf di Kuah, Pulau Langkawi, Kedah.

Agong, Permaisuri sempurnakan pemakaian pangkat Tengku Hassanal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden AFC Saud Abdulaziz
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Naib Presiden AFC Saud Abdulaziz yang meninggal dunia baru-baru ini.

Agong, Raja Permaisuri rai bekas pasukan badminton Piala Thomas 1967
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis santapan petang bersama pasukan badminton Piala Thomas 1967 Malaysia.

Michelle Yeoh terharu, junjung kasih pada Agong, Permaisuri
Pelakon kelahiran Malaysia itu berterima kasih kepada semua yang kirim ucapan tahniah atas kejayaannya raih trofi Anugerah Golden Globe.

Baharuddin dahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
Yang di-Pertuan Agong mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Baharuddin Ahmad.