awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong tiba di UAE bagi lawatan khas

Bernama
Bernama
22/12/2025
13:30 MYT
Agong tiba di UAE bagi lawatan khas
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Negara di Kementerian Luar UAE Saeed Mubarak Al Hajeri. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi, hari ini bagi memulakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi bagi lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu.
  • Lawatan tersebut disambut oleh Menteri Negara UAE Saeed Mubarak Al Hajeri dan Duta Besar Malaysia Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.
  • Lawatan khas ini berlangsung sehingga 24 Disember atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat pada 11.45 pagi waktu UAE (3.45 petang waktu tempatan).
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Negara di Kementerian Luar UAE Saeed Mubarak Al Hajeri.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke UAE Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.
Lawatan khas Seri Paduka Baginda ke UAE adalah atas jemputan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Terdahulu, pesawat yang membawa Sultan Ibrahim berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada 9 pagi.
Lawatan yang julung kali diadakan itu adalah sehingga 24 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#UAE
#lawatan khas
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan