MALAYSIA
Agong titah jangan ada pihak ‘menunggang agama’ untuk kepentingan politik

Sultan Ibrahim (tengah) diringi Tengku Idris Iskandar (kanan) berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 H di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama (dari kiri), Mohd Na'im, Anwar dan Ahmad Zahid. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah memberi peringatan jangan ada pihak bersifat ‘menunggang agama’ iaitu mempergunakan agama untuk kepentingan politik.
Dalam titah baginda sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 H, Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan agar tiada pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia.
“Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna mencukupi seluruh aspek kehidupan oleh itu janganlah ada pihak yang menunggang agama, untuk kepentingan parti politik mereka atau sebarkan fitnah yang dikebencian yang akan memecah belahkan masyarakat.
“Sejak dulu saya sentiasa tegaskan pentas dakwah dan medan pengajaran agama Islam tidak wajar dijadikan tempat untuk agenda parti politik,” titah Seri Paduka Baginda pada Sambutan Maal Hijrah 1447H yang berlangsung di Malaysia International Trade And Exhibition (MITEC), di sini, hari ini.Turut berangkat Tunku Temenggong Johor, Tengku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Hadir sama pada majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Setia Mohd Na'im Mokhtar serta barisan Menteri Kabinet.
Dalam masa sama, Sultan Ibrahim menyeru semua pihak agar menghormati Perlembagaan negara.
“Di negara kita juga perpaduan yang erat yang majmuk telah dicapai melalui Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan nilai-nilai bersama seperti keadilan kuasa tanggungjawab dan muafakat.
“Oleh itu semua pihak mesti menghormati perlembagaan dan tidak menghidupkan permusuhan atas nama kaum atau agama yang boleh menggugat keamanan negara,” titah Seri Paduka Baginda lagi.
Sultan Ibrahim juga bertitah agar setiap pihak penjaga kesucian agama Islam membentuk penyatuan ummah yang harmoni, kerana Islam adalah agama persaudaraan dan perdamaian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami