Skip to main content

Malaysia

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM

Selamat Hari Polis -- FB Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga dan veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Advertisement

Sultan Ibrahim bertitah, pengorbanan warga PDRM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas dalam apa-apa jua keadaan, termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan, amat dihargai kerana mereka adalah antara benteng utama keselamatan negara.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video