awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Darat ke-90

Bernama
Bernama
01/03/2023
04:56 MYT
Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Darat ke-90
Seri Paduka menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota angkatan Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara dan di atas pengorbanan tanpa mengira masa dan penat lelah menjaga keselamatan dan membantu rakyat. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-90 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat.
Menurut Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota angkatan Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara dan di atas pengorbanan tanpa mengira masa dan penat lelah menjaga keselamatan dan membantu rakyat.
"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas dan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.
"Seri Paduka Baginda mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin," menurut kenyataan itu.
Menurut Istana Negara, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (ATM) Seri Paduka amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota Tentera Darat dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.
"Semoga angkatan Tentera Darat terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#hari tentera darat
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan