awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AgongKita: Agong tonggak kekuatan negara, pengikat perpaduan - PM Anwar

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/07/2024
03:30 MYT
#AgongKita: Agong tonggak kekuatan negara, pengikat perpaduan - PM Anwar
Anwar turut berkata, institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan dan dimuliakan sebagai mercu keihsanan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak kekuatan negara dan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, baginda turut berperanan sebagai penaung agama Islam sebagai agama Persekutuan, pengukuh kedudukan bahasa Melayu dan pembela hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera.
Katanya, ia juga menjamin kesaksamaan dan keadilan bagi semua warga dalam memaknai prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
"Sesungguhnya, pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku hari ini mencatat lembaran sejarah yang Insya-Allah akan mampu mengangkat martabat negara.
"Kerajaan dan seluruh rakyat jelata berdoa ke hadrat Allah S.W.T, semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Berdua serta kerabat, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya, kekal karar di atas singgahsana pemerintahan, juga beroleh ‘afiyah dan penuh kedaulatan.
"Tuanku turut berperanan dalam menjamin jalinan erat di antara negara di peringkat ASEAN, negara-negara Islam dan di peringkat antarabangsa," katanya semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini.
Anwar turut berkata, institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan dan dimuliakan sebagai mercu keihsanan.
"Justeru, patik bagi pihak Kerajaan serta rakyat sekalian juga berikrar akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Tuanku," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#istiadat pertabalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan