KUALA LUMPUR: Dalam Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Sultan Ibrahim buat julung kalinya berkenan mengenakan busana rasmi warisan kebesaran Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Muskat serta Tengkolok Diraja, Pending Diraja dan Keris Pendek Diraja.
Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengenakan busana rasmi berkenaan dalam Istiadat Pertabalan Baginda dalam istiadat gilang-gemilang yang berlangsung di Istana Negara pada 30 Julai 2019.
Muskat adalah persalinan Istiadat Diraja yang dipakai pada istiadat tertentu seperti pertabalan, pembukaan penggal Parlimen dan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negara.
Pakaian rasmi ini mula dipakai pada 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga iaitu Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang diilhamkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Muskat diperbuat dari sulaman emas bullion yang bermotifkan awan larat dan bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara.
Muskat terdiri daripada baju lengan pendek pada bahagian dalam dan jaket yang disarung pada bahagian luar dan dipakai bersama seluar dan sampin bersongket.
Ia dilengkapi dengan pemakaian Pending Diraja di pinggang yang diperbuat daripada emas 10 mutu bertatah dan bersulamkan permata delima dan di tengahnya tertera lambang kerajaan Persekutuan.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah anggun dalam persalinan Kurung Johor berwarna keemasan menarik perhatian jemputan ketika pasangan Diraja itu melangkah untuk bersemayam di atas Singgahsana di Balairong Seri, Istana Negara untuk Istiadat Pertabalan YDA Ke-17 pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Jul 20 2024
YDA Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. Sultan Ibrahim yang mengenakan persalinan rasmi YDA yang dikenali sebagai Muskat. - fotoBERNAMA
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
7 pakaian istiadat Diraja yang sering mencuri perhatian
Pakaian-pakaian istiadat diraja ini mungkin akan anda lihat tidak lama lagi sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-16.