awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#AgongKita: 'I am a kampung boy' - YDP Agong

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/07/2019
14:51 MYT
#AgongKita: 'I am a kampung boy' - YDP Agong
"I was born in Pahang, I was born in a kampung, I am a kampung boy" - YDP Agong Al-Sultan Abdullah. - Foto BERNAMA
“I was born in Pahang, I was born in a kampung, I am a kampung boy" - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.
Ungkapan itu kedengarannya biasa sahaja, namun apabila ia diungkapkan oleh seorang Raja, dan seterusnya bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI pada 30 Julai ini, ia secara jelas dan nyata menggambarkan keperibadian anak kelahiran Pekan, Pahang, berusia 60 tahun itu.
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng diperkenan masuk menghadap di Istana Negara baru-baru ini untuk mencari sisi lain Al-Sultan Abdullah.
Dan kedua-dua mereka mengakui Tuanku menepati ciri-ciri seorang Raja yang ideal.
Baginda Tuanku, menurut hemat mereka, seorang Raja yang sangat down-to-earth, cool, dan sangat articulate dalam membicarakan hal ehwal isu semasa.
Deretan topik disentuh dalam temu bual lebih kurang satu jam itu - mereka berbicara soal keperibadian sewaktu Baginda dilahir dan dibesarkan sebagai sebagai ‘anak kampung’, kegilaan Tuanku terhadap sukan, pesona Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar yang menambat hati Baginda, penggunaan media sosial seperti Instagram, sehinggalah ke topik Forum Ekonomi Dunia (WEF).
View this post on Instagram
Astro AWANI berpeluang berbual secara santai bersama Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin. @ashwadismail dan @cynthia.ngml bertanya kepada Tuanku Agong mengenai filem pilihan baginda? Antara #PASKAL atau #PolisEvo ,anda rasa mana satu pilihan baginda? #AgongKita @istana_negara
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Jul 25, 2019 at 6:34am PDT
Pada awal temu bual, Baginda Tuanku, yang gemar membahasakan dirinya sebagai ‘saya’, berkongsi bagaimana kehidupan Tuanku sewaktu pada zaman persekolahan, sehinggalah menginjak usia remaja.
“Masa saya remaja tak ada protokol, tak ada protokol. Saya boleh, keluar berbasikal dengan anak-anak kampung semua. Ya, sebab kita duduk dalam suasana kampung, tidak ada protokol langsung, tidak ada bodyguard pun, masa sekolah dulu tidak ada bodyguard pun.
BACA: Raja Permaisuri Agong cantik, bijak, cukup cekap memasak - YDP Agong
“Pergi sendiri saja ... kadang-kadang saya berbasikal. Seperti biasa, seperti anak-anak biasa. Itu yang mungkin membuat saya secara spontan saya boleh berinteraksi dengan orang kampung,” ungkap Al-Sultan Abdullah secara bersahaja. BACA: Hayati Istiadat Pertabalan Agong - Mujahid
Peduli hal rakyat
Melewati masa, Al-Sultan Abdullah mula dipertanggungjawabkan oleh Almarhum Paduka Ayahandanya untuk mengambil tahu perihal rakyat jelata Negeri Pahang, apatah lagi Baginda Tuanku merupakan pewaris sah kepada Kesultanan Pahang Moden.
“Melalui proses saya dari muda, daripada lantikan sebagai Tengku Mahkota, usia yang muda, 15 tahun. Kemudian saya diberi segala amanah, segala tanggungjawab oleh Paduka Ayahanda saya. Saya percaya tentu ada sebab-sebab yang tertentu, Ayahanda saya telah memberi tanggungjawab sedemikian.
“Dan inilah hasil daripada apa yang saya melalui kehidupan saya iaitu banyak, banyak perkara yang berkaitan dengan rakyat, ataupun kerajaan, ataupun organisasi, atau pun keluarga, dia selalu, Ayahanda saya selalu melepaskan kepada saya. Tolong sort this out, tolong tengok ini, tolong bantu ini, tolong pembetulkan ini,” ujar Tuanku.
View this post on Instagram
Tuanku Agong juga ada minat tersendiri bila ditanya berkenaan adiwira. Agaknya #Batman atau #Superman ? Ikuti sesi temu bual santai @ashwadismail dan @cynthia.ngml bersama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah pada 30 Julai, jam 12.00 tengahari, eksklusif www.astroawani.com #AgongKita @istana_negara
A post shared by AstroAwani (@501awani) on
Jul 25, 2019 at 9:00pm PDT
Tuanku memaklumkan, pengalaman dan pemerhatian baginda ke atas corak pemerintahan Almarhum Paduka Ayahandanya banyak membentuk keperibadian Tuanku sendiri terutama sekali dalam memupuk sikap utamakan rakyat jelata.
Menyentuh mengenai keterbukaan baginda dan baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah sendiri, serta Istana Negara dalam penggunaan media sosial, Tuanku turut berkongsi, ia adalah satu 'avenue' yang harus digunakan sebaik mungkin.
“Inilah cara kita boleh kenal sedikit sebanyak, memberi pandangan ... dan Alhamdulillah ... Istana Negara dah terbuka sekarang kepada mereka-mereka yang minat tahu tentang hal-hal Istana dan juga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri,” ujar Baginda Tuanku lagi.

WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Topic Berkaitan
#AgongKita
#Al-Sultan Abdullah
#Astro AEC
#Astro Awani
#Astro HELLO
#Astro Ria
#Astro VAANAVIL
#Forum Ekonomi Dunia
#Istana Negara
#istiadat pertabalan
#Kesultanan Pahang Moden
#media sosial
#Pahang
#Tengku Mahkota
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan