PUTRAJAYA: Sektor agrokomoditi menyumbangkan RM61.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hingga suku ketiga 2022, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, nilai eksport sebanyak RM160.6 bilion turut disumbangkan sektor berkenaan dalam tempoh berkenaan selain menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir sejuta rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Fadillah berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pemain industri minggu depan untuk meneliti beberapa perkara serta melihat keseluruhan rantaian bekalan agrokomoditi termasuk eksport.
Katanya, salah satu daripada cabaran sektor berkenaan adalah kebergantungan terhadap pekerja asing dan sekiranya berlaku kekurangan pekerja terutama berkaitan penuai hasil, situasi itu akan turut menjejaskan hasil dan eksport.
"Keseluruhan perkara ini akan dikenal pasti dan kemudian berunding dengan kementerian terlibat sama ada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Luar bagaimana strateginya supaya dapat melihat pengeluaran, pasaran eksport serta hasil-hasil hiliran," katanya kepada media selepas majlis konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC), di sini pada Khamis.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Zurinah Pawanteh.
Fadillah berkata, kerajaan sedar pergantungan berterusan kepada pekerja asing boleh menjejaskan sektor perladangan khususnya kepada sektor sawit untuk jangka masa panjang dan hingga 30 Oktober tahun ini dilaporkan sejumlah 150,608 pekerja asing bekerja dalam sektor perladangan.
"Oleh itu, kerajaan amat menggalakkan pemain industri termasuk pekebun kecil agar dapat meningkatkan tahap penggunaan jentera di ladang-ladang," katanya.
Menurut Fadillah, kursus sama ada jangka pendek atau panjang bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran penggunaan jentera wajar dilipatgandakan untuk memastikan penggunaan jentera di ladang-ladang mencapai tahap optimum sekali gus meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.
Fadillah juga berkata, penguasaan teknologi berteraskan Revolusi Industri 4.0 (4IR) serta kepakaran dalam sesuatu bidang kepada golongan belia yang terlibat dalam sektor perladangan dan komoditi akan memastikan golongan itu mempunyai kemahiran seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
"Pengadaptasian teknologi juga mampu melahirkan pekebun kecil pintar yang akan mengamalkan kaedah pertanian moden menerusi penggunaan teknologi termaju, berinovasi serta meningkatkan daya saing usahawan bumiputera dalam kalangan industri hiliran," katanya.
Menurut Fadillah, ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga perlu diperkasakan melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam sektor itu demi pembangunan agrokomoditi negara yang berdaya saing selaras dengan pendekatan ekonomi gig yang semakin berkembang.
"Ekosistem TVET yang kukuh dalam sektor perladangan dan komoditi membolehkan negara menangani isu yang masih berlarutan di sektor ini seperti kebergantungan kepada pekerja asing. Inisiatif itu dapat menghasilkan pasaran buruh yang fleksibel seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat," katanya.
Majlis konvokesyen tahun ini melibatkan 584 graduan meliputi 360 individu daripada program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) manakala selebihnya program latihan kemahiran keloloan IMPAC dan agensi pelaksana.
IMPAC menyasarkan untuk melahirkan 95,000 graduan menjelang 2025 dan sehingga September lepas, institut itu sudah melatih seramai 80,290 pelatih melalui pusat-pusat latihan di bawah enam agensi kementerian atau pada purata 7,300 pelatih setiap tahun.
Astro Awani
Thu Dec 15 2022
Fadillah berkata kerajaan sedar pergantungan berterusan kepada pekerja asing boleh menjejaskan sektor perladangan khususnya kepada sektor sawit untuk jangka masa panjang. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.