awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AGT2023: Putri Ariani memukau berjaya mara ke pusingan akhir

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2023
07:21 MYT
AGT2023: Putri Ariani memukau berjaya mara ke pusingan akhir
Persembahan Putri Ariani yang membawakan lagu 'I Still Haven't Found What I'm Looking For' menerima tepukan gemuruh penonton yang hadir, serta 'standing ovation' daripada juri AGT. - Foto Youtube AGT 2023
PENYANYI dari Indonesia, Putri Ariani berjaya mara ke pusingan akhir America’s Got Talent (AGT).
Lontaran suara gadis berusia 17 tahun itu memukau penonton yang hadir menerusi lagu “I Still Haven’t Found What I’m Looking For” yang dipopularkan kumpulan U2 di pentas separuh akhir.
Persembahan Putri Ariani diakhiri dengan tepukan gemuruh penonton yang hadir, serta 'standing ovation' daripada juri AGT.
BACA: Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
Simon Cowell mengakui hilang kata-kata menyaksikan persembahan menakjubkan yang ditunjukkan gadis kelahiran Bangkinang, Indonesia itu.
Keterujaan menyaksikan persembahan Putri Ariani tidak terhenti di situ.
Bahkan pelbagai reaksi dan pujian kepada mutu persembahan yang ditunjukkan gadis berusia 17 tahun itu dikongsikan oleh pengguna merentas platform media sosial.
BACA: Bagai mimpi dapat Golden Buzzer, dua hari video Putri Ariani ditonton 14 juta kali
Di YouTube pula, menerusi akaun rasmi AGT, jumlah tontonan video persembahan putri kini sudah hampir lima juta tontonan.
Putri Ariani akan berentap bagi acara akhir di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 26 September depan dan berpeluang merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kontrak persembahan.
Putri Ariani's angelic voice will leave you in AWE! #AGT pic.twitter.com/KcbGRHtLfN
— Americas Got Talent (@AGT) September 7, 2023
Topic Berkaitan
#America s Got Talent 2023
#AGT 2023
#putri ariani
#simon cowell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan