awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bagai mimpi dapat Golden Buzzer, dua hari video Putri Ariani ditonton 14 juta kali

Gempak
Gempak
11/06/2023
01:00 MYT
Bagai mimpi dapat Golden Buzzer, dua hari video Putri Ariani ditonton 14 juta kali
Putri Ariani, kelahiran Indonesia, 17 tahun, yang cacat penglihatan, mendapat Golden Buzzer selepas mendendangkan lagu ciptaannya sendiri dalam America's Got Talent baru-baru ini. - Foto Gempak
NAMA gadis Putri Ariani menjadi perbincangan dunia selepas mendapatkan Golden Buzzer daripada salah seorang juri program realiti America's Got Talent 2023, Simon Cowell baru-baru ini.
Ada beberapa hal yang menjadikan kisah Putri Ariani mendapatkan Golden Buzzer tersebut viral.
Pertamanya kerana Golden Buzzer yang disifatkan ‘tiket emas’ serta paling sukar didapatkan peserta program tersebut diberikan oleh Cowell; seorang juri yang diketahui sangat sukar bersetuju dengan persembahan peserta apalagi menekan ‘butang’ tersebut.
Cowell menyebut Putri Ariani adalah antara peserta terbaik yang pernah terlibat dalam America's Got Talent (AGT).
Kedua kerana fizikal Putri Ariani yang cacat penglihatan atau buta. Gadis kelahiran Indonesia berusia 17 tahun itu mendapat Golden Buzzer selepas mendendangkan lagu ciptaannya sendiri sebelum diminta Cowell menghiburkan tetamu dengan sebuah hit balada, Sorry Seems to Be the Hardest Word.
Ariani mengaku dirinya masih terasa seperti bermimpi selepas mendapat Golden Buzzer daripada Cowell.
“Perasaannya tidak dapat didefinisikan pakai kata-kata. Sampai sekarang juga masih merasa seperti mimpi," kata Putri kepada CNN Indonesia TV.
Tambah Ariani lagi: “Tapi yang jelas Putri sangat bersyukur, sangat bahagia, dan yang pasti bangga. Tidak sangka apresiasi dari masyarakat Indonesia dan dunia itu sangat luar biasa.”
Sementara itu, video persembahan Putri Ariani yang telah ditonton mencecah 14 juta tonton dalam tempoh dua hari dan masih berada di tangga pertama di kategori trending YouTube.
Topic Berkaitan
#golden buzzer
#putri ariani
#America's Got Talent
#simon cowell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan